Perubahan Kabinet Muhyiddin

Di bawah Kabinet ini, terdapat beberapa portfolio berubah:

Perubahan pemegang jawatan

  • Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PN-Sri Gading) meletak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya, dan tidak menyertai Kerajaan Perikatan Nasional tetapi menyokong penubuhan parti baharu di bawah Tun Mahathir. Kekosongan jawatan diisi oleh Dato' Eddin Syazlee Shith (PN-Kuala Pilah) yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
  • Kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diisi oleh Datuk Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor).
  • Calon Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Dato' Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) tidak menerima pelantikan ke jawatan tersebut. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Senator Dato' Sri Ti Lian Ker (BN-Senator)
  • Semasa pengumuman kabinet, jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada, manakala empat jawatan Menteri Kanan diperkenalkan.
  • Jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan semula pada 7 Julai 2021 dan diisi oleh Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera)[16].
  • Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) dilantik menjadi Menteri Kanan yang baharu mengisi kekosongan Menteri Pertahanan yang dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021[16].
  • Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) telah meletak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional[17].
  • Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) telah meletak jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada 6 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional[18].